Assalammualikum
Saya Ira... Kisah ini berlaku 2 bulan yg lalu iaitu pada hari Jumaat... Setiap malam Jumaat saya, adik, kakak dan ummi saya akan ke Masjid Ghufran untuk belajar ugama. Selepas selesai belajar dalam pukul 10:30 malam, kami singgah di McDonald's di Tampines Mart.
Selepas sejam kami pun pulang jalan kaki sebab rumah kami di North Park. Bila kami sampai di rumah kira2 dalam pukul 11 lebih gitu, saya terlupa nak sidai kain baju jadi saya pun sidai bila sampai rumah, abang dan ummi saya temankan saya di luar. Selepas habis jemur baju, kami pun mendengar rancangan MJ12. Kami semua mendengar kerana kami memang suka sangat dengar cerita MJ12.
Selepas habis mendengar MJ12, saya & adik perempuan hendak masuk tidur. Sementara saya hendak ambil tilam saya di bilik abang saya, adik perempuan saya sudah masuk ke biliknya dulu untuk siapkan tempat tidurnya. Adik saya pula ada satu tabiat sebelum tidur, dia mesti akan letak pengikat rambut dia di tingkap dan juga akan periksa tingkap itu sekaligus. Nak tahu apa Abang KC, bila adik saya periksa tingkap bilik saya???
Salah satu bilik tingkap saya terbuka. Padahal sebelum kami pergi belajar kakak saya sudah periksa tingkap saya kerana bilik saya menghadap ke luar. Kakak saya ni memang terlalu cerewet, kalau hendak keluar, dia mesti periksa satu rumah. Apa lagi bila adik saya beritahu saya yang tingkap kita satu terbuka, kami pun kelam kabut lari ke hall dan beritahu ummi saya. Selepas itu ummi saya masuk ke bilik saya untuk menutup tingkap itu.
Kemudian ummi saya menyuruh abang saya azankan di bilik kami sebanyak 7 kali dan abang saya lakukan sedemikian. Abang kami suruh kami semua keluar dari bilik itu, biarkan dia seorang diri. Sementara abang sedang azan, saya talipon ayah saya yang sedang bekerja sebagai pemandu teksi dan beritahu dia semuanya. Selesai azan 7 kali abang kami beritahu kami semua yang dia nampak DUA KELIBAT PUTIH TERBANG!!! Kami pun terperanjat. Selepas itu kami semua tidak dapat tidur.
Pada esok pagi pula, ummi saya bersembang dengan jiran sebelah kami dan beritahu jiran kami apa yang berlaku semalam. Dan nak tahu, jiran kami cakap mereka ada nampak lembaga putih di luar tingkap saya, mereka memang tak nak beritahu kami tapi bila ummi saya sudah ceritakan mereka, mereka pun beritahu kami yang selalu mereka ada nampak benda putih di luar tingkap saya... Hmmmmm... Entahlah...
Ada orang cakap daerah blok saya ni berhantu tapi kami sekeluarga tidak pernah rasa atau nampak pun apa2 sedangkan kami sekeluarga kerap pulang lewat, kadang2 hingga Subuh baru kami pulang... Haiizzzz tak tahu lah tapi sekarang Alhamdulillah...
Terima kasih
Sumber
TERIMA KASIH IRA!!!